About

SEJARAH Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sekolah Sukan Negara, Bukit Jalil telah ditubuhkan pada 1 Januari 1996. Sekolah ini dibina  di atas tapak seluas 5.7 hektar (14 ekar) bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tapak sekolah ini terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Negara  dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negara, Malaysia. Perkataan “Negara” dalam  nama sekolah kemudian digugurkan kerana kerajaan akan membina beberapa buah sekolah sukan yang lain seperti di negeri Johor dan Sarawak. Sekolah sukan yang pertama dalam sejarah pendidikan di Malaysia ini, dikenali dengan nama Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Kuala Lumpur.

Projek pembinaan sekolah sukan mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-6. Objektif penbuhannya ialah untuk mmeberi peluang kepada atlet-atlet yang masih dibangku sekolah supaya mendapat latihan yang lebih bersistematik dan menerima pendekatan sukan yang saintifik sepanjang tahun persekolahan mereka. Pemilihan atlet ke SSBJ dibuat melalui pencapaian cemerlang semasa kejohanan MSSM dan Ujian Pengesanan Bakat serta prestasi yang baik dalam akademik.

Sekarang SSBJ menempatkan atlet dari Tingkatan 1 hingga Pra U bagi 28 jenis sukan termasuk 8 sukan teras. Kurikulum akademik masih mengikuti Sukatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia dan anjal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Atlet yang Berjaya ke skuad Negara atau berpotensi akan diberi peluang mengikuti Program Prauniversiti-PraU selepas SPM.

Credit : SSBJ

%d bloggers like this: